Kedermawanan dan penajaan Noor_Neelofa_Mohd_Noor

Pada April 2012, Neelofa bersama Nazim Othman, Fizo Omar, Zoey Rahman, Intan Ladyana dan Aiman Hakim Ridza dilantik sebagai Young Biz Icons untuk Oxford Centre of Excellence (Oxcell). Menurut Oxcell, "Pelantikan enam ikon adalah berdasarkan kejayaan akademik dan pembangunan kerjaya dalam seni". Melalui program ini, ikon selebriti akan berkongsi pengalaman mereka sepanjang terlibat dalam dunia perniagaan dan seni.[70]

Pada Julai 2013, beliau bersama-sama dengan Adi Putra, Nora Danish, Fiza Sabjahan, Amar Asyraf, Nelydia Senrose, Tasha Shilla dan Aiman Hakim Ridza telah dilantik sebagai duta untuk kempen Anugerah Syawal 2013 oleh TV3. Menurut TV3 "pelantikan selebriti ini adalah untuk mempromosikan program-program di televisyen dan radio sepanjang bulan Syawal.[71][72][73]

Pada November 2016, beliau telah dilantik oleh Bank Rakyat sebagai duta Kad Muslimah.[74]

Neelofa merupakan antara 10 individu telah dilantik sebagai kumpulan kedua duta besar bagi Transformasi Nasional 2050 (TN50) pada Mei 2017.[75] Selain beliau, mereka yang terpilih termasuk wakil presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Arthur Joseph Kurup, pemuzik Gabriel Fairuz Louis, pakar Fatwa Datuk Izhar Afiff, pegawai eksekutif ABIM Jufitri Joha, pengasas JuaraGym Ben Uzair, artis seni rupa Anniketyni Madian, usahawan Juliana Lim dan Esther Michael, dan aktivis marin Nadhirah Mohd Rifai.[76][77]

Pada September 2017, Neelofa mencipta sejarah apabila beliau telah dipilih sebagai duta jenama kosmetik mewah antarabangsa LancĂ´me, sekaligus menjadikan beliau sebagai wanita muslimah pertama yang dilantik sebagai duta bagi jenama antarabangsa.[78][79][80]

Pada 9 April 2018, beliau bersama penyanyi Taiwan Hebe Tian dilantik sebagai wajah baharu telefon pintar OPPO F7.[81] Pada 16 April, Neelofa bersama beberapa selebriti tempatan lain termasuk Hans Isaac, Awal Ashaari, Scha Al-Yahya, Maya Karin, Joe Flizzow, Nora Danish, dan Kavita Sidhu menjayakan kempen menentang buli siber dan penyebaran berita palsu di media sosial.[82][83][84][85]

Rujukan

WikiPedia: Noor_Neelofa_Mohd_Noor http://www.agendadaily.com/Hiburan/neelofa-terbit-... http://english.astroawani.com/malaysia-news/neelof... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/hampir-se... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/neelofa-u... http://www.dailyseni.com/v4/neelofa-continues-swee... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.imdb.com/name/nm4871549/ http://izyan.com/2013/12/saya-dengan-caprice-meman... http://malaysiandigest.com/frontpage/29-4-tile/676... http://www.malaysiandigest.com/frontpage/29-4-tile...